Ramadhan 2016 – Bakul Ramadhan

Pada Ramadhan 2016. Projek Bakul Ramadhan MCP telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Berbekalkan pengalaman tahun lepas, pada tahun ini MCP akan melaksanakan projek ramadhan yang dinamakan Ramadhan Box.

Dengan perancangan dan persediaan yang lebih teliti, sasaran pada tahun ini ialah sebanyak 500box. Ini bermakna projek ini mampu membekalkan ramadhanbox kepada 500 keluarga yang memerlukan di seluruh malaysia.

Sebagai persediaan projek ini, MCP telah menganjurkan beberapa program fundraising bertujuan untuk menambah dana di samping memberikan khidmat kepada masyarakat sekeliling. Antara projek yang dijalankan ialah Khidmat Pemasangan Minisite Amal MCP dan juga jualan kurma MCP. 

Kami juga membuka peluang sekiranya ada yang ingin turut sama menyumbang samada dari bentuk kewangan mahupun barangan/produk keperluan. Sila lihat di bawah untuk keterangan lanjut.

BAGAIMANA SAYA BOLEH TURUT MEMBANTU?

Sebarang sumbangan termasuk sumbangan produk amat digalakkan untuk Projek Amal Ramadhan Box 2017.

Projek ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang kemampuan terutama golongan asnaf fakir dan ibu tunggal yg ramai tanggungan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang.

Target kami pada kali ini adalah sebanyak 500kotak.

#ramadhanbox2017mcp

Ingin menjadi penaja?

CREATED BY AMALNIAGA DOTNET[email protected]